mpa ads

Friday, February 27, 2015

Kuala Lumpur Dulu Dan Sekarang


Jalan Bukit Bintang merupakan salah satu tempat yang popular bagi pengunjung-pengunjung ke Kuala Lumpur. Ia merupakan diantara tempat yang tersibuk, terkenal dengan tempat-tempat membeli belah dan lain-lain lagi. Pada tahun enam puluhan, Jalan Bukit Bintang sudah mula berkembang dengan pesatnya. 

Diantaran tempat-tempat yang terkenal ketika itu adalah Federal Hotel. Salah satu tempat istimewa yang terdapat di Hotel tersebut adalah Restoren berpusing yang terletak di atas bangunan hotel tersebut. Untuk pengetahuan peminat dan pemain bowling di negara ini, di bangunan tersebut merupakan tempat pertama di negara ini yang mempunyai bowling alley. Jalan Bukit Bintang pada akhir tahun enam puluhan dan tujuh puluhan banyak memberi kenangan kepada saya. Ia merupaka detinasi yang dituju apabila perayaan hari raya menjelang tiba untuk membeli-belah untuk persediaan hari raya.


Apabila kita menyingkap kembali sejarah terawal Jalan Bukit Bintang, kawasan tersebut sedah mula menjadi tumpuan penduduk Kuala Lumpur dan sekitarnya seawal-awal tahun lima puluhan. 


Demikianlah notalgiknya Jalan Bukit Bintang dan Kuala Lumpur ketika itu. 




Thursday, January 1, 2015

Mampukah kita menyimpan khazanah ini.....

Sudah begitu lama rasanya kami tidak menjejak kaki ke bumi Cameron Highlands. Cameron Higlands yang dulunya begitu indah dan sejuk dengan keadaan alam semulajadi tanah tinggi merupakan destinasi percutian yang selalu dihatiku.

Mengingatkan nostalgia tempat peranginan itu saya mempelawa ahli keluarga untuk melarikan diri barang sebentar ketempat itu pada cuti sekolah hujung tahun 2014. Namun setelah membuat persiapan menempah hotel untuk berada di sana buat seketika, kita dikejutkan dengan kejadian tanah lunsur, runtuh dan banjir di kawasan tersebut beberapa minggu sebelum bertolak ke sana. Timbul ketika itu bermacam-macam berita tentang kerakusan manusia memusnahkan khazanah alam demi kepentingan kewangan. Pencerobohan dari warga kita serta warga asing amat berleluasa hingga mengakibatkan kemalangan jiwa dan kemusnahan harta-benda.

Maka hati kami tertanya-tanya masih selamat kah Cameron Highlands untuk dijadikan destinasi percutian singkat kami nanti. Namun, setelah beberapa minggu apabila semuanya menjadi reda, kami meneruskan percutian singkat kami di sana. Dapatlah kami rakamkan setakat mana yang terdaya keadaan di sana melalui gambar-gambar di bawah ini.

Salah satu tempat penanaman bunga....

Tanaman bunga yang begitu segar dan nyaman baunya....

Bergambar bersama isteri di salah satu tempat tanaman bunga..

Hidangan instimewa strawberry, coklat dan sebagainya....

Bandar kecil Brincang ketika pagi....

Salah satu kebun teh di Cameron Highlands....

Bergambar bersama isteri di kebun teh...