Mengingatkan nostalgia tempat peranginan itu saya mempelawa ahli keluarga untuk melarikan diri barang sebentar ketempat itu pada cuti sekolah hujung tahun 2014. Namun setelah membuat persiapan menempah hotel untuk berada di sana buat seketika, kita dikejutkan dengan kejadian tanah lunsur, runtuh dan banjir di kawasan tersebut beberapa minggu sebelum bertolak ke sana. Timbul ketika itu bermacam-macam berita tentang kerakusan manusia memusnahkan khazanah alam demi kepentingan kewangan. Pencerobohan dari warga kita serta warga asing amat berleluasa hingga mengakibatkan kemalangan jiwa dan kemusnahan harta-benda.
Maka hati kami tertanya-tanya masih selamat kah Cameron Highlands untuk dijadikan destinasi percutian singkat kami nanti. Namun, setelah beberapa minggu apabila semuanya menjadi reda, kami meneruskan percutian singkat kami di sana. Dapatlah kami rakamkan setakat mana yang terdaya keadaan di sana melalui gambar-gambar di bawah ini.
Salah satu tempat penanaman bunga....
Tanaman bunga yang begitu segar dan nyaman baunya....
Bergambar bersama isteri di salah satu tempat tanaman bunga..
Hidangan instimewa strawberry, coklat dan sebagainya....
Bandar kecil Brincang ketika pagi....
Salah satu kebun teh di Cameron Highlands....
Bergambar bersama isteri di kebun teh...

No comments:
Post a Comment