Assalamulaikum para pembaca….
Ini adalah blog terbaru saya
yang saya namakan bicarasahaja. Bicarasahaja sepertimana nama blog ini
merupakan satu blog untuk saya berbicara dengan para pembaca tentang apa-apa
sahaja yang terlintas dihati saya untuk membicarakannya. Para pembaca adalah
bebas untuk membuat sebarang komen terhadap apa yang saya bicarakan di sini.
Namun…saya harap pembaca semua sedikit berhemah dalam membuat komen, supaya
komen anda tidak mengguris mana-mana pihak.
Hari ini 1hb Januari 2015, dan
adalah cuti am bagi kebanyakan negeri-negeri di seluruh Malaysia. Namun bagi
saya sendiri cuti am hari ini tidak begitu terasa, kerana maklumlah orang dah
tak bekerja, cuti atau pun tak cuti sama sahaja. Lagipun saya tidak menganggap
hari ini sebagai tahun baru, kerana seharusnya tahun baru kita adalah 1
Muharam. Namun pun begitu saya mengucapkan selamat menempuh tahun 2015 masihi.
Seperti yang kita ketahui kita
melalaui 2014 dengan begitu banyak
cabaran dan rintangan. Kehilangan kapal terbang MAS MH370 begitu mengejutkan dan
hingga ke hari ini masih tercari-cari kemana kah gerangan kapal, anak-anak
kapal dan penumpangnya menghilang. Kemudian kita dikejutkan sekali lagi dengan
peristiwa kapal terbang MH17 ditembak jatuh oleh pihak tertentu tanpa diketahui
sebabnya. Sehingga hari ini pihak-pihak yang berkepentingan masih menuding jari
sama sendiri siapa yang bertanggung jawab.
Tidak habis dengan
kejadian-kejadian yang saya sebut tadi kini timbul pula kejadian banjir di
kawasan pantai timur terutama sekali di Kelantan amat menyayat hati. Yang
terkini, kejadian nahas kapal terbang AirAsia Indonesia juga mencuit hati
seluruh rakyat Malaysia. Sudah tentu dengan malapetaka dan kejadian nahas kapal
terbang yang banyak kita perkatakan sekarang ini tidak dapat tidak member kesan
terhadap kehidupan kita pada tahun 2015 ini.
Dengan itu marilah kita berdoa
agar Allah SWT mempermudahkan setiap apa sahaja yang kita ingin lakukan pada tahun 2015 ini.

No comments:
Post a Comment